Perlu Ke Letak Gambar Dalam Resume?
Perlu Ke Letak Gambar Dalam Resume?
Di negara barat, salah dari segi undang-undang untuk letakkan gambar di dalam resume anda. Bagi mereka ianya dikatakan sebagai tak bersangkutan, kerana mereka percaya untuk mencari pekerja dan calon untuk ditemuduga tidak perlu dinilai dari paras rupa.
Tapi di Asia, ianya menjadi satu kebiasaan untuk pencari kerja meletakkan foto dalam resume masing-masing, dan oleh kerana semua orang pun melakukannya, tak ada masalah lah kan..? Sebenarnya, ianya satu benda yang logik dan bukan satu masalah besar kerana zaman sekarang ni, mudah sahaja untuk kita cari gambar sesiapa saja menggunakan internet terutama jika mereka agak aktif di sosial media.
Masalahnya, 95% dari resume menggunakan gambar yang digunakan dalam passport atau kad pengenalan. Di mana gambar tersebut menunjukkan wajah calon yang kurang tersenyum, kelihatan kaku dan ada yang kelihatan seperti tak gembira dan tengah menahan kesakitan. Tapi kenapa nak letakkan gambar yang seperti itu dalam resume.? Apa sebenarnya yang anda nak sampaikan kepada bakal majikan anda?
Adakah anda cuba nak maklumkan bahawa anda seorang yang tak pernah senyum, seorang yang kaku atau tak gembira serta dalam kesakitan? Mungkin itu bukan yang anda nak sampaikan kepada bakal majikan anda tapi mereka akan melihat gambar tersebut sebelum mereka jumpa anda dan mereka akan mula ada pandangan tersendiri berdasarkan gambar yang ada beri.

Manusia biasanya suka membuat penilaian awal, bakal majikan anda pun mungkin akan membuat penilaian awal kepada anda juga. Bukan bermakna mereka mencari alasan untuk tidak mengadakan sesi temuduga dengan anda atau untuk tidak mengambil anda sebagai pekerja, tapi gambar yang anda gunakan boleh menyebabkan orang membuat penilaian awal tentang diri dan sikap anda. Dan ini tak boleh dielakkan.
“... Jadi, jika anda rasa mahu letakkan gambar anda di dalam resume, atau anda rasa anda mesti masukkan gambar, anda boleh berusaha sedikit untuk ambil gambar yang lebih menarik. ”
Walaupun ianya masih subjektif, tapi ini apa yang anda boleh cuba:
Pertama, jangan gunakan gambar untuk pasport atau kad pengenalan. Ini adalah penting untuk anda elakkan kerana gambar tersebut tak dapat menunjukkan keadaan terbaik anda. Anda boleh gunakan teknologi yang ada dari kamera dan telefon bimbit dan minta bantuan rakan untuk ambil gambar anda menggunakan latar belakang yang kosong dan berwarna cerah. Pilih pakaian yang sesuai dipakai ke sesi temuduga untuk gambar tersebut, ianya akan memberi imej formal kepada anda. Akhir sekali, pusingkan sedikit badan anda ke sisi supaya ianya tak terlalu menghadap ke depan sepenuhnya, berikan sedikit senyuman tanpa menampakkan gigi. Ini akan jadi gambar yang formal dan anda perlu pastikan ianya berada dalam keadaan formal.
Dan yang paling akhir, bila ada masukkan gambar ke dalam resume, pastikan anda ‘crop’ sedikit gambar anda dan anda hanya tunjukkan dari bahagian dada ke atas. Anda tak perlu tunjukkan gambar seluruh badan anda atau separuh badan. Cukuplah dari dada ke atas sahaja.
Semoga berjaya!
Sekiranya anda sedang berfikir "Saya baru saja diberhentikan kerja, sekarang apa yang harus saya lakukan?", Artikel ini adalah untuk anda.