Saya Baru Saja Diberhentikan Kerja, Apa Yang Saya Perlu Buat?
Saya Baru Saja Diberhentikan Kerja, Apa Yang Saya Perlu Buat?
Sekiranya anda sedang berfikir "Saya baru saja diberhentikan kerja, sekarang apa yang harus saya lakukan?", Artikel ini adalah untuk anda.
Diberhentikan kerja adalah satu perkara yang menakutkan, dan kalau ada orang yang jumpa anda dan bagitahu anda ianya suatu perkara biasa dan tak perlu dirisaukan, sebenarnya mereka tak tahu apa yang mereka cakapkan. Bila sesuatu perkara buruk berlaku ke atas kita, ianya akan menimbulkan rasa sakit, atau sekurang-kurangnya membuatkan kita murung. Sebenarnya kita perlu faham dan terima hakikat sebagai seorang manusia kita perlu melalui 5 fasa ini, terkejut, marah, penolakan, penerimaan dan kesembuhan. Ini adalah mengikut teori yang dipanggil ‘The Sarah Curve’
Kita akan lalui 5 fasa ini secara berperingkat. Rasa terkejut di awal-awalnya. Kemudian rasa marah atas apa yang telah dilakukan kepada kita, kemudian akan berlaku penolakkan fisiologi atas berita yang kita terima dan perkara yang berlaku. Perlahan-lahan kita akan mula menerima hakikat apa yang berlaku dan akhir sekali kita akan lalui proses penyembuhan.
Ada dua perkara penting yang ada perlu tahu. Pertama, walaupun perjalanan emosi akan berlaku secara berperingkat (mengikut teori Sarah), seseorang masih boleh melalui fasanya secara terbalik secara tiba-tiba, walaupun hanya untuk satu jangkamasa beberapa minit. Sebagai contoh anda dah boleh terima apa yang berlaku tetapi tiba-tiba anda akan rasa tak boleh terima pulak dan menolak apa yang berlaku.
Yang kedua ialah, tak ada set masa yang khas untuk seseorang melalui setiap fasa tersebut. Bermula dengan rasa terkejut hingga ke rasa dah boleh terima sebaiknya, ada orang boleh melaluinya dalam tempoh 30 minit, ada yang 30 hari, 30 minggu dan mungkin ada yang sehingga 30 tahun! Walau bagaimanapun, bila anda dah tahu ini adalah proses yang melibatkan emosi dan mesti dilalui, yang kita tak boleh lari darinya anda akan mula bina keyakinan sendiri tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Cara kita nak menguruskan perasaan terkejut, marah dan penolakkan ini adalah penting untuk kita meneruskan kehidupan. Tak mungkin kita boleh meneruskan hidup dan cuba memperbaiki kehidupan di masa akan datang pada tahap yang seterusnya melainkan kita berjaya mengurus emosi sendiri. Anda boleh cuba untuk paksa diri anda tapi hakikatnya anda mungkin hanya cuba, susun dan sembunyikan perasaan sebenar.
Kadang-kadang, jika kita terpaksa untuk membuat perubahan segera dalam hidup, menyusun dan menyembunyikan emosi dan kekecewaan, mungkin boleh berlaku. Tetapi anda perlu tahu, di kemudian hari emosi tersebut akan timbul kembali, kerana ianya tak diuruskan sebaiknya pada peringkat awal.
Perkara seterusnya yang paling penting untuk anda ambil kira ialah, kewangan anda. Kemungkinan besar anda akan terima imbuhan akibat dari proses pemberhentian pekerja yang anda lalui. Dan dengan gaji terakhir yang anda dapat, anda perlu fikirkan berapa lama hidup anda boleh bertahan dengan jumlah imbuhan yang anda dapat.
Anda perlu buat belanjawan bulanan, dan senaraikan perbelanjaan yang paling penting dan anda perlu betul-betul kurangkan perbelanjaan tak penting seperti untuk hiburan. Anda perlu bahagikan jumlah imbuhan dan gaji bulanan yang anda terima dengan jumlah perbelanjaan penting yang anda dah kira tadi, hasilnya anda akan dapat jangkamasa di mana duit tunai anda boleh bertahan.
Ambil separuh dari jangkamasa tersebut, dan itulah jangkamasa yang anda ada untuk anda berusaha mencari sumber pendapatan yang aktif. Mungkin anda perlu mula mencari pekerjaan baru, mungkin pekerjaan yang berkaitan dengan kepakaran anda secara separuh masa, tapi apa yang penting ianya mestilah menjana pendapatan.
Sebagai contoh, bayaran imbuhan yang anda terima termasuk gaji akhir berjumlah RM25,000. Berdasarkan jangkaan perbelanjaan yang anda dah kira setelah ditolak hiburan dan perkara lain yang tak begitu penting, anda perlukan RM2500 untuk hidup sebulan. Ini bermakna RM25,000 dibahagi dengan RM2500 sebulan, anda boleh hidup dengan duit yang anda selama 10 bulan. Walau bagaimanapun, untuk lebih selamat anda hanya ada masa 5 bulan untuk cari kerja baru, atau sumber pendapatan yang baru samada secara sepenuh masa atau separuh masa
(Compensation Payment + Last Salary) divide by Monthly Expenses
= number of months that can support you without income
Take the number of months and divide it into half
= suggested number of months to get a new job
Untuk lebih realistik, anda perlu terima hakikat untuk mencari kerja baru anda mungkin perlukan 6-8 bulan, jadi anda perlu mula cari kerja baru segera. mencari kerja separuh masa mungkin lebih mudah, tapi anda mungkin perlu luangkan separuh dari hari anda, mungkin sebelah pagi untuk anda cari peluang kerja dan gunakan separuh hari di sebelah petang untuk lakukan tugasan separuh masa, itu pun jika anda rasa itu cara terbaik.
Hari anda akan jadi lebih sibuk dan mungkin ada sedikit tekanan. Sentiasa cek di mana tahap anda dalam menguruskan emosi mengikut teori The Sarah Curve dan sentiasa gunakan masa anda untuk cari peluang kerjaya yang sesuai. Ini adalah cara terbaik untuk anda lalui cabaran hidup di masa yang sukar ini.
Setiap hari ada berita dan pernyataan Kerajaan yang mendorong orang ramai untuk belajar pengaturcaraan komputer, atau pengekodan. Keupayaan teknikal ini adalah untuk membantu semua orang mampu mengekalkan pekerjaan mereka dan mencari peluang kerja baru. Ramai menyebutnya sebagai 'keperluan masa depan' kerana bekerja di masa depan sangat berkaitan dengan teknologi. Jadi, jawapan untuk pertanyaan Adakah patut anda belajar pengaturcaraan adalah Ya! : Dan kami sangat pasti dengan ini,.
Syarikat baru-mula Malaysia, MakeTimePay, telah memperolehi pelaburan ketara dari Encik Simon Landsheer dari Belanda, yang merupakan seorang usahawan tersohor dan pelabur perniagaan baru-mula peringkat awal. Dana baru tersebut akan digunakan untuk mengembangkan tenaga kerja syarikat, meluaskan keupayaan platform serta membuat pelaburan untuk pemerolehan pelanggan.